Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Demam Tarik (fits).

  • Sunday, April 8, 2012
  • Ain
  • Labels: , , ,
  • Berderau darah bila isteri aku menjerit suruh aku berenti keta tengok apa jadi kat anak aku yang kedua tu (adam rayyan)...rupanya dia diserang Demam tarik, lagi bertambah berderau la bila aku tengok keadaan adam yang mengeletar, sambil mata pandang keatas dengan air liur meleleh-leleh, tangan dan kaki kejang, ahhh...sudah, aku kata, macamna nak buat nih...dah la takdak pengalaman dalam bidang nih....cuma mulut aku nih abih kuar ayat kursi, selawat macam-macam lagi ler yang kluar.

    Panik mula menyulubungi diri aku, dalam otak yang aku ingat Allah s.w.t...mulalah berdoa kepadanya sambil membawa kereta ala-ala k.l drift dengan memasang lampu kecemasan dan terus memecut laju ke hospital seberang jaya, tanpa menghiraukan lampu merah dan pemandu-pemandu lain, dalam pala nih yang aku ingat keselamatan dan nyawa anak aku jer...memang satu pengalaman yang tak tau nak kata apa lagi...Allah s.w.t saja yang maha mengetahuinya.

    Sampai Hospital seberang jaya, terus wife aku hantar masuk ke kecemasan, aku pun masuk la jugak, tengok adam dah mula sedarkan diri, tapi badan dia mengeletar, mungkin sejuk kot, terus nurse jelum dia, kesian aku tengok air muka dia, mata dia tajam melihat aku, seolah-olah dia kebingungan, pasal apa tiba-tiba aku duk kat sini, mungkin itulah yang bermain dikepalanya, tapi alhamdulillah anak aku nih adam dia cool jer, nangis pun tidak, mungkin dia letih kot sebab kejang satu badan tadi, sedih betui aku tengok, aku cuma mampu berdoa jer la...

    Memang sebelum-sebelum nih dia selalu demam malam, tapi tak pernah lagi kena tarik sampai macam nih, mungkin aku rasa dalam badan dia air kurang, tu yang boleh tarik tu...moral dia lepas nih aku kena pastikan yang dia minum air masak secukupnya untuk mengelakkan dari demam....insyallah...!! Masa dalam wad tu doktor ada bagi kat aku pamphlet pasal Demam tarik nih...nih aku salin balik untuk info kepada ibubapa yang jika anak-anak anda mengalami demam atau demam tarik, doktor tu kata lagi, demam tarik nih biasa, sebab otak budak nih belum matang lagi, mungkin tu la faktornya.

    Apakah itu Tarik?
    Tarik atau dalam bahasa inggeris 'fits' terjadi bila terdapatnya kegiatan elektrik yang datang secara tiba-tiba seperti rebut dalam otak. Kanak-kanak tersebut biasanya menjadi tidak sedar dan kakinya mungkin kejang sambil mengeletar.

    Apakah Demam Tarik?
    Ia bermaksud tarik yang disebabkan oleh demam tinggi. Biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 6 bulan hingga 6 tahun. Demam adalah satu penyakit yang biasa dan terjadi kepada 3 daripada setiap 100 kanak-kanak.

    Bolehkah Demam Tarik menyebabkan kerosakan otak yang kekal atau penyakit sawan?
    Walaupun demam tarik satu pengalaman yang menakutkan bagi ibubapa, tetapi hanya serangan tarik berlaku selama 15-30 minit atau lebih mungkin menyebabkan kerosakan otak. Jarang-jarang deman tarik akan berlanjutan kepada penyakit sawan. Kebanyakkan kanak-kanak yang pernah diserang demam tarik tidak akan tarik lagi selepas menjangkau usia 7 tahun.

    Tanda-tanda dan gejala.
    ○ Anak akan tidak sedar diri dan akan menyentak kedua-dua kaki dan tangan.
    ○ Kadang-kadang anak mungkin boleh menjadi kejang atau menyentak satu atau lebih bahagian badan, seperti satu tangan atau satu kaki. Kekejangan boleh berlaku pada satu bahagian sahaja.
    ○ Sawan demam jarang melebihi satu atau dua minit. Dalam kes dimana tarik melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu dibawa ke klinik berdekatan.
    ○ Kebanyakan kanak-kanak dengan demam tarik mengalami suhu tinggi melebihi 38.5C

    Bolehkah Demam Tarik berulang?
    Demam tarik boleh berulang sekiranya kanak-kanak itu mengalami demam kuat semula.
    Tarik juga bolah terjafi walaupun kanak-kanak tersebut tidak mempunyai demam. Ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang mempunyai penyakit sawan.

    Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anak saya mengalami Demam Tarik?
    Pertama, anda perlu tenang pada setiap masa.
    Kemudian:
    ○ Pastikan tidak ada benda tajam atau merbahay disekeliling anak anda.
    ○ Baringkan anak anda mengiring ke kiri.
    ○ Pastikan tidak terdapat benda atau makanan dalam mulutnya.
    ○ Hantar ke hospital secepat mungkin jika tarik tidak berhenti selepas 5 minit, untuk pemeriksaan selanjut.
    ○ Berada disisi anak anda pada setiap masa.

    Apabila anak anda diserang tarik:
    ○ Jangan masukkan benda kedalam mulutnya, contoh sudu atau kayu.
    ○ Jangan memegang atau memeluknya dengan kuat.
    ○ Jangan jelum dengan air sehingga tidak boleh bernafas.

    Apakah yang perlu saya lakukan jika anak demam?
    ○ Buka bajunya dan buka tingkap dan kipas angin.
    ○ Lapkan badan anak dan kepalanay dengan air paip biasa.
    ○ Beri anak anada ubat demam mengikut dos yang betul dengan secepat mungkin.

    Jika anak anda demam:
    ○ Jangan selimutkan anak anda.
    ○ Jangan lap dengan air sejuk/ais.

    Kemasukan ke Hospital.
    Tidak semua kanak-kanak dengan sawan demam perlu di masukkan ke hospital. Walaubagaimanapun, kemasukan ke hospital mungkin perlu jika:
    ○ Takut sawan akan berulang.
    ○ Untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit.
    ○ Untuk mencari dan merawat penyebab demam selain jangkitan otak.
    ○ Untuk mengurangkan kebimbangan ibubapa.


    Nih sapa yang sakit nih...ermmmm...!!

    Info semua ni aku copy dari pamphlet Hospital Seberang Jaya.

    Sekian terima kasih....

    0 comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    (c) Copyright 2010 Blog By Photo. Blogger template by Bloggermint